Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

“Kerana Warga Kayangan..” Kawalan Ketat Rentas Negeri Awal Ramadan Dilaksanakan

today6 April 2021

Background

Terbaru pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan pemeriksaan ketat di setiap sekatan jalan raya bagi memastikan tiada individu cuba merentas negeri balik ke kampung bagi menyambut awal Ramadan bermula minggu depan. Difahamkan selepas ini tidak ada kompromi atau minta jasa baik pihak polis untuk merentas negeri jadi tiada lagi alasan urusan kerja tetapi pergi ‘bersiar-siar’ naik jet ski.. Opps!

Menurut Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim, kelonggaran rentas negeri hanya diberi kepada mereka yang mempunyai dokumen perjalanan lengkap dengan kebenaran polis dan tindakan tegas diambil terhadap mereka terbabit jika melakukan kesalahan itu. Tambahnya, pihak polis telah menjangka aktiviti rentas negeri pada bulan Ramadan akan meningkat memandangkan pada tahun lalu masih tidak boleh merentas negeri juga.

PDRM juga bersedia menguruskan alasan dan taktik akan digunakan oleh orang awam untuk berbuat demikian dan mereka akan memperketatkan semua pemeriksaan di sekatan jalan raya bagi memastikan tiada yang terlepas. Berita ini telah mengundang pelbagai reaksi daripada warganet dan rata-ratanya meluahkan rasa marah serta menyalahkan warga kayangan.

Nampaknya rata-rata warganet betul-betul marah dan kecewa dengan tindakan sesetengah selebriti atau lebih mesra digelar warga kayangan. Ada seorang memberi komen meluahkan rasa sedih tidak dapat pulang ke kampung untuk membawa ibu membuat rawatan susulan dan ada juga yang menyatakan selebriti atau instafamous sepatutnya tahu tindakan mereka akan sentiasa diperhatikan oleh orang ramai malah alasan yang diberikan dilihat seperti hanya untuk menutup kebenaran sebenarnya tujuan merentas negeri.

Aktiviti rentas negeri bukanlah satu perkara yang sepatutnya diambil ringan oleh mana-mana pihak. Baik rakyat marhaen mahupun warga kayangan, kita sepautunya memain peranan masing-masing untuk bantu kerajaan putuskan rantaian Covid-19. Common gais, kata nak balik raya? Buat masa ini kita patuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan dan mungkin ada sinar jalan pulang ke kampung untuk sambut raya tahun ini.

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Macam Aktiviti Santai-Santai Sahaja Di Langkawi…”- Polis Mahu Panggil Neelofa & Suami

“Lofa Buka Chatime Atas Gunung Ke Naik Cable Car?”- Warganet Pertikai Neelofa Seperti Sedang Berbulan Madu

Sumber: BHarian, Facebook Oh! Media

Written by: Adinna


Previous post

Gaya Hidup

Kongsi Pengalaman ‘First Time’ Pergi Starbucks, Video 2 Gadis Ini Cetus Perdebatan Netizen

Menerusi perkongsian video daripada @malayrhapsody, kelihatan dua orang gadis meluahkan perasaan mereka selepas 'terkena' dengan barista Starbucks.Menurut salah seorang daripada gadis berkenaan, itu merupakan kali pertama mereka pergi ke Starbucks dan semasa membuat pesanan, suara barista yang bertugas agak perlahan dan bertanya jika mereka ingin menambah apa-apa ke dalam minuman yang dipesan.Oleh kerana tidak dapat mendengar suara barista itu dengan jelas, gadis itu hanya mengiyakan... Klik untuk baca artikel penuh. […]

today6 April 2021