Kool FM

Kerbau Albino Mirip ‘Donald Trump’ Terselamat Daripada Menjadi ‘Korban‘


Seekor kerbau albino yang jarang ditemui di Bangladesh telah terselamat daripada dijadikan korban untuk perayaan Aidiladha pada saat-saat akhir.

Kerbau seberat hampir 700 kilogram ini mendapat perhatian ramai kerana ia mempunyai jambul rambut berwarna perang yang saling tidak tumpah seperti Presiden Amerika Syarikat, lalu ia diberikan gelaran “Donald Trump”.

Kerbau Albino Mirip 'Donald Trump' Terselamat Daripada Menjadi ‘Korban‘
Sumber Gambar: Sky News Australia

Pemilik ladang tersebut, Ziauddin Mridha yang menetap di Narayanganj, berkata adik lelakinya yang memberikan nama itu selepas menyedari persamaannya dengan presiden tersebut.

Menariknya, nama itu diberikan sekadar suka-suka dan sebagai tanda kasih sayang terhadap haiwan tersebut. Kerbau ini juga dilaporkan mempunyai sifat yang sangat jinak dan memerlukan penjagaan yang rapi, termasuklah jadual makan yang kerap serta perlu sentiasa dimandikan.

Pada asalnya, kerbau ini telah pun dijual untuk tujuan ritual penyembelihan sempena perayaan tersebut. Namun,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version