Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Seorang wanita yang memuat naik hantaran Instagram meminta bantuan orang ramai untuk berkongsi rakaman dashcam sebuah BMW berwarna silver gelap yang menjadi punca kemalangan sudah pun berjaya mengesan kenderaan terbabit.
Menurut Natasya Nadia, dia tidak dapat berkongsi apa-apa maklumat lanjut mengenai kenderaan tersebut atas sebab keselamatan dan mahu membuat laporan polis terlebih dahulu.

Sumber Gambar: Instagram Story @taassyyaaaaa
Kemalangan itu berlaku di Lebuh Raya Plus Sungkai arah selatan pada jam 7.30 malam. BMW silver gelap itu didakwa telah menyelit secara tiba-tiba dari lorong kiri di hadapan Proton Inspira yang dinaiki mangsa sekeluarga berada di lorong paling kanan ketika itu.
BMW itu menghimpit kereta mangsa sehingga ia berpusing beberapa kali sebelum melanggar penghadang jalan sebelah kiri lebuh raya berkenaan.
Bayi berusia 4 bulan yang sedang menyusu pada…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
