Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kereta Dalam Perjalanan Untuk Didaftarkan Disita JPJ

today3 April 2026

Background
Kereta Dalam Perjalanan Untuk Didaftarkan Disita JPJ


Tindakan memandu kenderaan yang belum didaftarkan di atas jalan raya mengundang padah bagi seorang jurujual apabila perjalanannya terhenti di tangan pihak berkuasa.

Hasratnya untuk menuju ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) bukan sahaja tidak kesampaian, malah berakhir dengan kenderaan tersebut disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kedah menerusi laporan dikongsikan di media sosial rasminya.

Kejadian yang berlaku di Jalan Perak, Mergong sekitar jam 2.30 petang itu menjadi satu peringatan tegas bahawa alasan “sedang dalam perjalanan untuk mendaftar” sama sekali tidak mengecualikan mana-mana individu daripada mematuhi undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan.

Pemeriksaan Membongkar Kesalahan Berlapis

Kereta Dalam Perjalanan Untuk Didaftarkan Disita JPJ
Sumber Gambar: FB JPJ Kedah

Dalam operasi penguatkuasaan tersebut, anggota JPJ yang menahan kenderaan berkenaan telah menjalankan pemeriksaan standard dan mendapati pemandu tersebut melakukan beberapa pelanggaran…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post