Baru-baru PLUS telah mengumumkan bakal menawarkan sokongan RFID pada semua plaza tol sekurang-kurangnya satu laluan pada awal tahun 2022 bagi memudahkan dan mempercepat urusan orang ramai ketika berada di mana-mana plaza tol.
Bagaimanapun, ada seorang pengguna tol ‘tidak bernasib baik’ beberapa hari lalu apabila keretanya merempuh palang tol RFID yang tutup secara tiba-tiba sehingga mengakibatkan beberapa kerosakkan pada bahagian kenderaan. Video insiden tersebut telah dimuat naik pada TikTok miliknya.
Pada awal video, apabila pemandu masuk di laluan RFID, palang telah terbuka dan skrin menunjukkan bayaran tol telah ditolak. Namun, dalam sekelip mata palang tol RFID itu tertutup secara tiba-tiba ketika kereta sedang keluar dari laluan tersebut.
Pengguna TikTok yang lain memberikan maklum balas kepada wanita itu untuk mendapatkan ganti rugi terhadap pihak plaza tol kerana berlakunya kesilapan pada sistem RFID berkenaan.

Sumber Gambar: TikTok @j_cy99
Sumber Gambar: TikTok @j_cy99
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
