PETALING JAYA – Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (Bumitra).
Pemeteraian kerjasama itu adalah untuk menyediakan penyelesaian kewangan bagi bakal jemaah yang ingin mengambil pakej haji melalui 22 syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) lantikan Lembaga Tabung Haji (TH) yang juga merupakan ahli Bumitra.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Mohd. Muazzam Mohamed berkata, MoU itu bertujuan mendidik pelanggan Bumitra mengenai penyelesaian kewangan yang disediakan oleh Bank Islam, terutamanya untuk haji dan umrah.

Ia turut merangkumi usaha untuk membantu penyebaran maklumat mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan.
“Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah Kad Debit-i Bank Islam Visa Tabung Haji. Kad debit ini dilengkapi dengan pelbagai keistimewaan dan ganjaran eksklusif untuk pemegang kad.
“Selain menawarkan rangkaian pembayaran dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: