Site icon Kool FM

Kerjasama Baterikum.com, UiTM promosi bidang keusahawanan automotif


SHAH ALAM – Bateriku.Com telah bekerjasama dengan Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk mempromosi bidang keusahawanan automotif dan inovasi teknologi.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azarol Faizi Zakaria Ansari berkata, kerjasama selama tiga tahun itu akan dapat memanfaatkan model perkhidmatan inovatif syarikat yang menggabungkan data raya (big data), internet benda (IoT) dan ekonomi perkongsian untuk menyediakan penyelesaian dalam industri automotif masakini.

“Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan institusi ternama dan terbesar seperti UiTM. Perkongsian ini bukan sekadar perkongsian kepakaran, tetapi usaha bersama membentuk tenaga kerja masa depan.

“Kerjasama erat kedua pihak, akan memperkayakan persekitaran pendidikan UiTM dengan pendedahan praktikal dan pemahaman industri sebenar kepada pelajar dan pensyarah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua pihak di Bangunan Canseleri UiTM Shah Alam di sini…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version