PETALING JAYA – Fajarbaru Builder Group Bhd (Fajarbaru) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) untuk membangunkan sebuah bandar perubatan dan hab pembangunan bercampur di Bandar Cassia, Batu Kawan, Seberang Perai Selatan.
Bandar yang bakal dikenali sebagai Medi-City Bandar Cassia itu terletak di kawasan seluas 92 hektar itu bakal berfungsi sebagai hab perubatan yang menyediakan perkhidmatan eko-pelancongan dan perniagaan global dengan kemudahan termasuk hospital, kampus perubatan, hab bekalan perubatan, suite korporat, pusat pemulihan, perkampungan persaraan dan pusat kesihatan.
Sebagai sebahagian daripada MOU tersebut, Fajarbaru juga akan bekerjasama dengan perunding profesional dan pakar industri untuk menjalankan kajian pasaran serta kajian daya maju, membangunkan cadangan mengenai aspek teknikal selain bidang kewangan untuk keseluruhan pembangunan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fajarbaru, Datuk Seri Eric Kuan Khian…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
