Site icon Kool FM

Kerjasama GSPARX, UPM pasang sistem solar PV


PETALING JAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui anak syarikat milik penuhnya, GSPARX Sdn. Bhd. (GSPARX) telah menjalin kerjasama strategik dengan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Pengerusi TNB, Datuk Seri Hasan Arifin berkata, usaha sama melalui pemasangan sistem solar PV itu akan meluaskan lagi ciri-ciri kelesta­rian institusi pengajian pinggi awam (IPTA) tersebut.

Menurut beliau, melalui Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Baharu (SARE), GSPARX akan memasang sistem solar di 16 tapak merangkumi pelbagai bangunan termasuk masjid, bumbung parkir.

Ia turut melibatkan projek solar terapung iaitu Hidroponik-Aquavoltaic Bersepadu Skala Besar Pertama bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan modal insan, sekali gus menjadikan ia sebagai satu projek solar terbesar di IPTA.

Menurutnya, kerjasama GSPARX-UPM itu adalah antara manifestasi sokongan penuh TNB terhadap agenda kerajaan untuk mencapai pengurangan intensiti pelepasan karbon, me­lalui komitmen hala tuju ke­lestarian TNB ke…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version