PETALING JAYA – Persatuan Bunkering Malaysia (MBA) telah bekerjasama dengan Persatuan Pemilik Kapal Malaysia (MASA) bertujuan untuk melonjakkan industri maritim domestik ke peringkat pertumbuhan seterusnya.
Kerjasama eksklusif selama tiga tahun itu akan menggalakkan pekerjaan kapal tempatan dan menyediakan lebih banyak peluang untuk peserta Malaysia dalam aktiviti bunkering dan perdagangan.
Satu memorandum persefahaman (MoU) telah dimeterai susulan daripada kerjasama tersebut sebagai usaha untuk membendung pengaliran keluar dana dengan mengutamakan peserta bunkering tempatan.
Ia juga akan menangani aktiviti haram dalam bidang bunkering dan perkapalan.
Di bawah MoU tersebut, para penandatangan akan berkongsi maklumat tentang ahli berdaftar mereka atas permintaan serta berkongsi berita atau peraturan terkini berkaitan marin Malaysia dan Pertubuhan Maritim Antarabangsa.
Di samping itu, kedua-dua pihak akan bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan dalam mengelakkan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
