Menurut laporan, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati kejadian terbabit berlaku sebelum pusat beli belah itu ditutup, semalam.
“Mangsa disahkan selamat tetapi cedera terkena beberapa das tembakan. Mangsa ditembak oleh suspek.
“Suspek sudah melarikan diri dipercayai seorang sahaja setakat ini.
“Tempat ini selamat untuk orang awam dan esok (hari ini) boleh beroperasi seperti biasa. Sekarang pihak forensik masih menjalankan pemeriksaan dan siasatan di lokasi kejadian,” katanya kepada media di lokasi kejadian, awal pagi tadi.
Mohd Iqbal berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan penuh sebaik sahaja siasatan di lokasi selesai.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
