Site icon Kool FM

Kes Zulfarhan – Suhakam Tak Setuju 6 Pesalah Kena Hukuman Gantung


Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menolak keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atas kesalahan membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu, lapor MalaysiaKini.

Dalam satu kenyataan rasmi, Suhakam menyatakan, meskipun memahami kesedihan keluarga mangsa dan mengakui keseriusan jenayah tersebut, hukuman mati bukanlah penyelesaian yang adil atau berkesan.

Suhakam menyeru kerajaan untuk mempertimbangkan semula pelaksanaan hukuman mati dan mengusahakan sistem keadilan yang lebih saksama dan berperikemanusiaan.

Menurut suruhanjaya itu, hukuman gantung sampai mati adalah hukuman yang tidak boleh diubah dan tidak memungkinkan berlakunya pemulihan sekiranya terdapat kesilapan kehakiman.

Selain itu Suhakam juga berkata bahawa ia bertentangan dengan gerakan global ke arah pemansuhan hukuman mati yang diakui…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version