Site icon Kool FM

Kesan Kedatangan Warga Asing, Penduduk Malaysia Bertambah


Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Penduduk Malaysia dijangka berkembang 2.1 peratus pada 2023. Kesan ini didorong oleh migrasi antarabangsa atau kata lain adalah kedatangan warga asing, lapor Malay Mail yang memetik data rasmi.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam satu kenyataan berkata jumlah penduduk Malaysia pada 2023 dianggarkan 33.4 juta berbanding 32.7 juta pada 2022, kata Xinhua.

Menurut DOSM, peningkatan kadar pertumbuhan penduduk adalah disebabkan oleh bilangan warga asing yang berkemungkinan meningkat tinggi daripada 2.5 juta pada 2022 kepada 3 juta pada 2023.

Penduduk warganegara juga direkodkan meningkat daripada 30.2 juta pada 2022 kepada 30.4 juta pada 2023 dengan pertumbuhan kecil sebanyak 0.7 peratus.

Komposisi penduduk warganegara bagaimanapun dilihat menurun daripada 92.4 peratus pada 2022 kepada 91.1 peratus pada 2023.

Ini disebabkan oleh peningkatan komposisi penduduk bukan warganegara daripada 7.6 peratus kepada 8.9 peratus dalam…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version