Public Health Malaysia menerusi laman Facebook rasmi miliknya ada berkongsi satu hantaran mengenai kesihatan mental suami.
Menerusi posting itu, dapat dilihat bahawa segelintir suami tidak diberikan untuk me-time bersama rakan-rakan sehingga menyebabkan mereka menjadi boroi dan gemuk.
Baca juga: Tiga Suasana Di Rumah Yang Tak Patut Wujud, Suami Jangan Sesekali Ambil Ringan
KESIHATAN MENTAL SUAMI PUN KENA PENTINGKAN, BARU ADIL

Jelas Public Health Malaysia, si isteri seharusnya bersikap adil dan memberi galakkan kepada suami agar kekal aktif seperti zaman bujang.
Ramai suami yang dahulunya sihat dan aktif sebelum kahwin, menjadi boroi dan gemuk. Hal ini kerana aktiviti yang digemari sebelum ini seperi bersukan, memancing dan aktiviti luar tidak dapat diteruskan kerana komitmen penuh kepada keluarga.
Ada yang bagai telah dirantai kaki sehingga segala geri dikawal. Ada yang takut untuk membeli barang untuk self reward sehingga nak beli barang untuk diri sendiri perlu disorok…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: