Site icon Kool FM

Kestabilan politik bakal tarik pelabur luar 


PETALING JAYA – Kestabilan politik negara yang diharapkan bakal kembali selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 diyakini mampu mengembalikan Malaysia sebagai destinasi pilihan buat pelabur asing.

Ketua Penyelidik Rakuten Trade, Kenny Yee berkata, secara peribadi beliau melihat adalah lebih baik PRU diadakan sekarang berbanding kemudian.

“Kita lihat pengeluaran bersih dana asing daripada pasaran domestik dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini adalah disebabkan oleh kurangnya penjelasan memgenai suasana politik negara.

“PRU akan membawa lebih kestabilan dalam hal ini dan saya pasti ia bakal menjadikan Malaysia destinasi pelabur asing dengan nilai ringgit yang rendah, ditambah jangkaan pertumbuhan yang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi bersama media bagi membincangkan impak Bajet 2023 kepada pasaran kewangan tempatan di sini semalam.

Bursa Malaysia telah menyaksikan pengeluaran bersih dana asing berjumlah RM27 bilion pada tahun 2020 dan 2021, sebelum dana…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version