Site icon Kool FM

Ketua Anti-Vaksin Israel Mati Akibat COVID-19, Minta Pengikutnya Sambung Perjuangan Menentang Vaksin


Seorang ketua aktivis anti-vaksin terkemuka di Israel, Hai Shaulian, meninggal dunia pada hari Isnin, 13 September, setelah dia dimasukkan ke hospital akibat jangkitan wabak COVID-19.

Menurut laman Jerusalem Post, lelaki berusia 57 tahun itu dimasukkan ke hospital seminggu yang lalu di Pusat Perubatan Wolfson di Holon setelah dia didapati positif dengan wabak yang telah membunuh ramai orang di seluruh dunia. Difahamkan kesihatannya semakin merosot seminggu selepas itu dan dua hari sebelum kematiannya, dia masih sempat menentang program vaksinasi kerajaan Israel dan meminta agar pengikutnya untuk meneruskan perjuangan mereka.

Dalam satu catatan di Facebook, Shaulian memuat naik gambarnya yang memakai alat oksigen. Dalam keterangannya, dia mengatakan bahawa situasinya “kritikal” dan dia “tidak mampu untuk bercakap atau bertindak balas terhadap orang”. “Saya tidak mempunyai oksigen dan tidak dapat menstabilkannya,” kata Shaulian. Dia juga mengatakan bahawa dia percaya…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version