Akibat anak kena santau, satu kampung terima akibatnya.
Pembunuhan beramai-ramai dilakukan oleh kumpulan bersenjata Jeremie’s Wharf, yang diketuai oleh Monel ‘Mikano’ Felix di kawasan Cite Soleil, Haiti kawasan kejiranan yang terkenal dengan kemiskinan dan kadar jenayah yang tinggi.
Menurut Sky News, serangan ini mengorbankan sekurang-kurangnya 180 nyawa, dengan kebanyakan mangsa adalah warga emas.
Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri Haiti, tindakan ini melampaui batas dan kerajaan akan mengambil langkah tegas terhadap kumpulan penjenayah ini.
“Semua pasukan akan dikerahkan untuk mengesan dan menghapuskan dalang di sebalik kejadian ini termasuk ketua geng Jeremie Wharf, Monel Felix,” kata kenyataan itu.
Pembunuhan ini dipercayai bermula apabila anak ketua gangster Monel Felix, jatuh sakit akibat kena santau.
Menurut laporan daripada NGO hak asasi manusia di Haiti, Rangkaian Pertahanan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (RNDDH), Felix…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
