Kota Kinabalu: Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah memandang serius penahanan seorang pejawat awam kerana disyaki meminta habuan seks.
Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Safar Untong dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya sangat menitikberatkan integriti dan tatalaku penjawat awam negeri seperti yang dijelaskan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Sabah (PPPANS) 2008.
Sehubungan dengan itu, katanya, pegawai yang melanggar sebarang peraturan atau terbabit dengan…