Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Kecoh pada hari ini apabila Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas dakwaan melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut serta mempertikaikan kewibawaan institusi kesultanan Selangor.
Artikel Berkaitan:
Lebih mengejutkan ramai, beliau yang juga merupakan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) difahamkan telah ditahan pihak polis di sebuah hotel di Mont Kiara pada jam 3 pagi.
Hal ini sekaligus telah menimbulkan tanda tanya serta buah mulut di kalangan segelintir netizen yang mempertikaikan tujuan tangkapan dibuat pada jam 3 pagi.
Terbaharu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ditangkap pada jam 3 pagi gara-gara beliau bersama pegawai khasnya menolak semua panggilan pihak polis.
#TERKINI : Tangkapan terhadap Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dibuat jam 3 pagi kerana beliau dan pegawai khasnya telah menolak semua…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
