Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan bahawa pihaknya tidak berhenti daripada mencari maklumat serta petunjuk baharu dalam kes simbahan asid terhadap pemain Selangor, Muhammad Faisal Abdul Halim.
Menurut sumber laporan BH Online, Razarudin mendedahkan seramai 23 individu sudah diambil keterangan dan tiga suspek ditahan bagi membantu siasatan.
Baca Juga:
Namun usaha tersebut masih menemui jalan buntu kerana si pelaku masih lagi belum dapat diberkas oleh pihak polis.
“Daripada tangkapan dilakukan itu, pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman membuat siasatan secara terperinci, namun tiada bukti dapat mengaitkan ketiga-tiga suspek dengan kes terbabit.”
“Hasil analisis forensik terhadap telefon ketiga-tiga suspek mendapati tiada bukti atau perbualan yang mereka terlibat dalam kes itu.”
“Malah, pihak JSJ juga melakukan pemeriksaan terhadap akaun-akaun bank mereka (suspek), namun tiada sebarang transaksi wang meragukan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: