Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Perlawanan bola sepak di antara Malaysia menentang Indonesia sentiasa sengit dan menghadirkan pelbagai kontroversi. Ia juga sering menjadi tumpuan ribuan peminat di seluruh Asia Tenggara serta digelar sebagai Derbi Nusantara.
Walaupun keputusan perlawanan selalunya berpihak kepada skuad Harimau Malaya, namun Indonesia kali ini menampilkan barisan yang berbeza dan tidak boleh dipandang rendah. Apatah lagi, mereka kini dibimbing oleh bekas pengendali skuad Piala Dunia Korea Selatan, Shin Tae-yong.
Malah, Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (Ketum PSSI), Mochamad Iriawan Bule turut yakin pasukan Garuda akan menewaskan Harimau Malaya untuk menempah tiket ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2020 pada hari ahad ini.
“Lawan Malaysia, bismillah yakin boleh mengalahkan. Kerana Malaysia kalah 3-0 lawan Vietnam, doakan,” kata Mochamad Iriawan dipetik dalam portal Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: