Site icon Kool FM

Keuntungan IOI Properties susut kepada RM225 juta


PETALING JAYA – IOI Properties Group Bhd (IOIPG) mencatatkan keuntungan sebelum cukai (PBT) lebih rendah pada suku pertama kewangan 2024 sebanyak RM225.2 juta, 67 peratus lebih rendah berbanding RM689.7 juta yang direkodkan pada suku sama 2023.

IOIPG dalam kenyataan berkata, hasil pendapatan turut menyusut 6.3 peratus kepada RM648 juta, pada suku pertama yang berakhir 30 September lepas.

Menurutnya, walaupun hasil dalam pembangunan hartanah menurun sebanyak 15 peratus, sebahagiannya diimbangi oleh prestasi pelaburan hartanah yang meningkat sebanyak 31 peratus.

“Meskipun penutupan Palm Garden Hotel, A Tribute Portfolio Hotel dan Putrajaya Marriott Hotel, hasil daripada segmen hospitaliti dan riadah kekal dan disokong sumbangan lebih tinggi daripada hotel lain,” katanya hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IOIPG, Lee Yeow Seng berkata, PBT yang lebih rendah sebahagian besarnya disebabkan sumbangan yang lemah daripada segmen pembangunan hartanah di Malaysia dan China yang…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version