Site icon Kool FM

Keyakinan pelabur meningkat pada H1 2021


PETALING JAYA – Keyakinan pelabur dan perusahaan terhadap pasaran modal di Asia Tenggara khususnya di Malaysia telah meningkat bagi tempoh separuh tahun pertama (H1) 2021.

Ketua Tawaran Awam Permulaan (IPO) Deloitte Malaysia, Wong Kar Choon berkata, perkembangan baik ini dilihat melalui 14 aktiviti penyenaraian di Bursa Malaysia dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini yang membawa kepada penjanaan RM395 juta dan permodalan pasaran RM1.5 bilion.

Menurut beliau, jumlah itu jauh lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lalu, hanya me­nyaksikan tujuh penyenaraian.

“Malaysia bukan satu-satu­nya pasaran modal di rantau ini yang menyaksikan prestasi baik, tetapi pasaran modal di Asia Tenggara secara keseluruhannya menyaksikan 59 penyenaraian pada H1 2021, menjana AS$5.97 bilion (RM24.21 bilion).

“Thailand terus merekodkan prestasi terbaik dengan penjanaan AS$3.3 bilion (RM13.8 bilion), mewakili 55 peratus daripada modal yang dijana di rantau ini,” katanya dalam laporan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version