Site icon Kool FM

KFC perkenal menu unik Burger P. Ramlee


PETALING JAYA – KFC menawarkan kelainan dalam menu terbaharunya dengan melancarkan Burger P. Ramlee secara eksklusif bagi memberi penghormatan khas buat lagenda negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Menurut kenyataan, menu baharu ini menyuntik pelbagai rasa aromatik daripada ­bahan-bahan unik masakan nasi kandar untuk dihasilkan dalam Zinger Hot & Spicy.

Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia, Chan May Ling berkata, Burger P. Ramlee dilengkapi dengan Kuah Kari Kandar KFC yang diperbuat daripada herba dan rempah-ratus tempatan seperti kunyit, serai, jintan putih, dan daun kari yang melimpahi filet Zinger segar dan rangup.

Hidangan tersebut disempurnakan dengan sayuran ­berempah dan mayonis, lalu diapit dengan ban bijan bakar.

“P. Ramlee merupakan se­niman agung yang telah me­ninggalkan legasi dalam budaya Malaysia yang masih re­levan dan diminati semua.

“Menu inovatif terbaharu kami, Burger P. Ramlee merupakan satu menu gabungan memikat KFC Zinger dengan makanan kegemaran…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version