Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

today22 December 2024

Background


Menerusi perkongsian laman The Islamic Information, beliau yang menetap di Itali sejak umur satu tahun dihantar ibu bapanya bagi mendalami agama pada usia 14 tahun di Dakar, Senegal dan seterusnya menghafal kitab suci tersebut.

Perkongsian yang dibuat tersebut sekadar memaklumkan kepada ramai kepercayaan beliau yang sekaligus menjadi ikon buat anak muda Islam seluruh dunia.

Beliau juga dilihat aktif dan tidak kekok dalam berkongsi kesengsaraan yang terpaksa dilalui rakyat Palestin berikutan kekejaman Zionis.

Berkongsi kisah keterlibatan diri dalam dunia TikTok, dia memberitahu dia bermula ketika musim pandemik Covid-19 yang melanda dunia.

Ketika itu dia berdepan saat mencemaskan apabila kehilangan pekerjaan, dan banyak menghabiskan masa selama berjam-jam setiap hari dengan memuatkan video dalam TikTok.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Akmal Redzwan


Previous post

Sukan

TFC, JDT bertembung di separuh akhir Piala Malaysia

Kuala Terengganu: Terengganu FC (TFC) cemas sebelum bangkit untuk mara ke separuh akhir Piala Malaysia selepas mengetepikan Negeri Sembilan FC (NSFC) 4-2 pada aksi suku akhir kedua saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, malam ini.

today21 December 2024