Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Khai Bahar Sebak, Gagal Habiskan Nyanyian

today25 September 2025

Background
Masih Berduka Atas Kehilangan Bapa, Khai Bahar Gagal Habiskan Nyanyian


Meskipun masih dalam suasana berduka atas pemergian bapa tercinta minggu lalu, penyanyi Khai Bahar tetap menunaikan janji menjayakan sebuah persembahan di sebuah acara pada Rabu.

Artikel Berkaitan: Bapa Khai Bahar Meninggal Dunia

Gagal menahan sebak

Menerusi perkongsian di Instagram Sinar Plus, Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin, 31, tampil menyampaikan lagu popularnya berjudul Luluh.

Namun, penyanyi kelahiran Perlis itu tidak mampu menghabiskan nyanyiannya apabila tiba-tiba berasa sebak.

Khai dilihat menoleh ke belakang dan beberapa kali mengesat air matanya sebelum berhenti menyanyi seketika.

Suasana menjadi lebih menyentuh hati apabila penonton yang hadir sama-sama menyambung nyanyian untuk memberi semangat kepadanya.

Pada Jumaat lalu, bapa Khai, Baharuddin Backri, 66, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tunku Fauziah, Kangar, Perlis akibat komplikasi pelbagai penyakit.

Tahun lalu, Khai dikejutkan dengan pemergian ibu tercinta, Allahyarhamah Rosnah Muhammad,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Shahrin


Previous post

Sukan

Presiden Melaka FC kecewa prestasi pasukan

Nilai: Pemilik merangkap Presiden Melaka FC, Datuk Nur Azmi Ahmad akui kecewa dengan prestasi dipamerkan pasukan itu dalam saingan Liga Super setakat ini, tidak seperti mana yang beliau harapkan ketika pembentukan pasukan dilakukan sebelum musim.

today25 September 2025