Khairul Aming masing lagi raja untuk jualan secara atas talian.
Sebentar tadi Khairul Aming atau KA, berjaya mencatat rekod luar biasa, di mana dia berjaya menjual 70,000 paket rendang nyet dalam masa 30 saat sahaja.
Jumlah kutipan jualan KA kali ini dikatakan sekitar RM1.2 juta. Khairul Aming sendiri tergamam dengan pencapaian tersebut.
Ternyata peminat dan pengikut tegar Khairul Aming masih utuh setia bersamanya.
“Kita berjaya meraih RM1.2 juta dalam 30 saat, rekod yang sangat luar biasa,” tegas KA.
Rendang nyet Khairul Aming ‘sold out’ !! Jualan sebanyak RM1.2 juta!!
Ada sesiapa sempat beli? pic.twitter.com/eKNfyOmTop
— VOCKET (@thevocket) August 8, 2025
Rendang nyet merupakan produk baharu daripada Khairul Aming yang sebelum ini sudah menjual sambal nyet dan dendeng nyet.
