“Bila kita yang jadi bos, kita kena tukarlah. Kita kena jadi bos yang pekerja kita mahukan. Jadi satu budaya yang saya ketengahkan ke dalam syarikat ialah saya tak ajar mereka (pekerja) menjadi toksik. Maksudnya, bersaing di antara satu sama lain,” katanya.
Untuk memastikan perkara tersebut, beliau mengamalkan konsep kesamarataan dari segi bonus, duit poket, percutian dan beli-belah terhadap pekerjanya tidak kisah apa jua jawatan sekalipun.
“Saya nak ajar semua orang, kalau kita buat sama-sama, kita semua dapat lebih.
“Bukan aku yang buat lebih, kau dapat kurang. Tak ada begitu. Jadi bila budaya itu kita ketengahkan, Alhamdulilah sekarang ini pun boleh kata tak ada yang resign setakat ini,” katanya lagi.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
