Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad mengejutkan peminat skuad warga kota apabila meletakkan jawatannya sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) secara serta-merta bermula hari ini.
Peletakan jawatan itu dimaklumkan menerusi sepucuk surat yang dihantar kepada Setiausaha Agung KLFA, Nokman Mustaffa.
Baca Juga:
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli jawatankuasa, kakitangan dan semua pihak atas sokongan serta kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh saya berkhidmat,” katanya.
Difahamkan perletakan jawatannya mempunyai kaitan isu kewangan apabila terdapat tunggakan gaji melibatkan pemain Kuala Lumpur City (KL City) selama dua bulan pada Oktober dan November 2023.
Malaysia Football League (MFL) sebelum ini telah memberikan tempoh masa terakhir kepada pasukan tersebut untuk menyelesaikan pembayaran tunggakan gaji mereka.
KL City diarahkan untuk membuat pembayaran pertama sebanyak 50 peratus pada atau sebelum 15 Mac 2024…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: