Site icon Kool FM

Khalifah Media Networks ‘one stop center’ usahawan PMKS pasar produk


PETALING JAYA – Syarikat pemasaran digital, Khalifah Media Networks sedia membantu usahawan terutamanya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam memasarkan produk mereka secara dalam talian.

Mempunyai kepakaran lebih lima tahun dalam bidang terbabit, Pengarah Urusan Khalifah Media Networks, Mohd. Huzaifah Muntalip berkata, antara servis yang ditawarkan pihaknya termasuklah pembangunan web, ‘grafik design’ dan pengurusan majlis.

Malah, syarikat yang berpusat di Alor Setar, Kedah dan mempunyai pejabat cawangan di sini turut menawarkan khidmat latihan, penghasilan video, animasi 2D, 3D selain kandungan digital serta kerja-kerja lapangan.

“Kami menyediakan pelbagai jenis latihan sesuai dengan kemahiran yang ada dalam industri ini.Malah latihan yang disediakan ini juga diperakui oleh badan-badan profesional seperti Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp).

“Kami juga telah mendapat pengiktirafan oleh badan-badan profesional seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version