Selepas memenangi LCK2, Khareez akur apabila sukar menempatkan diri dalam industri, namun tidak berputus asa. Sebaliknya akan berusaha keras untuk menempah nama dan ingin dikenali.
Meskipun mengalami masalah ‘anxiety’ sehingga berasa takut membuat persembahan di hadapan khalayak umum, namun keadaan itu tidak menghalang Khareez untuk mencapai impiannya.
“Bila orang mendengar tentang OIAM, biasanya mereka fokus pada hadiah utama RM1 juta, tapi saya melihatnya dengan perspektif yang berbeza.
“Hadiah itu memang rezeki, tapi tumpuan utama saya adalah untuk menyampaikan karya-karya saya kepada khalayak ramai.
“Saya berharap, dengan peluang ini, karier saya akan berkembang ke tahap yang lebih tinggi,” kongsinya.
Dalam pada itu, Khareez berkata sekiranya terpilih sebagai perserta OIAM musim terbaharu, dia akan menggunakan segala pengalaman di LCK2 bersama rakan duet dalam pertandingan itu, Nadeera Zaini.
Untuk rekod, Calpis Soda One In A Million terbuka kepada semua yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: