Naza Eastern Motors Sdn Bhd, pengedar rasmi kenderaan Suzuki di Malaysia, terus memperkemas dan memperkukuh kehadirannya di wilayah utara menerusi pembukaan pusat pengedar sah baharu, Suzuki Juru, yang terletak secara strategik di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Pusat pengedar baharu yang dikendalikan oleh SMG Auto (MN) Sdn Bhd ini melibatkan pelaburan bernilai RM1 juta. Pelaburan tersebut turut merangkumi unit pandu uji dan unit pameran kenderaan, sekali gus mencerminkan komitmen pengedar dalam menyokong pertumbuhan berterusan jenama Suzuki di pasaran utara Tanah Air.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Automotif Naza, Mohd Rizal Jailan berkata, pembukaan pusat pengedar Suzuki Juru merupakan satu lagi langkah penting bagi memperkukuh kedudukan Suzuki di kawasan utara.
“Pelaburan bagi pusat pengedar baharu ini mencerminkan keyakinan kami terhadap pasaran tempatan serta komitmen kami untuk memberikan kemudahan akses…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: