Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Laporan berita dari media Berita Harian baru-baru ini mendapat perhatian orang ramai di media sosial apabila kebanyakan netizen bersetuju bahawa khemah sewa yang didirikan di sepanjang Pantai Teluk Kemang menganggu pemandangan indah di kawasan tersebut. Sebahagian daripada pengunjung yang ditemuramah oleh Berita Harian turut merasa rimas.
Salah seorang pengunjung, Johar Ahmad berkata bahawa dia merasa bahawa kawasan pantai itu hilang ‘seri’ apabila kebanyakan khemah didirikan sehingga menutup pemandangan pantai. Dia berkata bahawa kebanyakan keluarga tidak dapat bersantai di tepi pantai kerana sepanjang kawasan pantai tersebut dipenuhi khemah sewa.
“Bukan semua orang mampu sewa khemah dan kami pun paling lama hanya dua jam mandi laut, tetapi pemandangan cantik hilang dan lebih parah kami tak nampak anak yang sedang mandi kerana terlindung daripada pandangan,” kata bapa kepada lima…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: