Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Legenda Chelsea, John Terry disahkan bakal kembali ke Cobham [Pusat Latihan Chelsea] yang ditinggalkannya pada 2017 itu selepas dilantik sebagai konsultan kejurulatihan di akademi kelab tersebut.
Menurut sumber laman sesawang rasmi Chelsea, Terry yang memenangi 17 kejuaraan bersama The Blues termasuklah lima kali muncul juara Liga Perdana Inggeris akan memulakan tugasannya pada Januari 2022.
Selain daripada memberikan bimbingan kepada pemain-pemain muda di dalam padang serta bertindak selaku mentor kepada mereka, Terry juga turut akan menyumbang idea dalam perbincangan bersama barisan kejurulatihan akademi dan menghadiri sesi dialog bersama ibu bapa.
Tugasan secara sambilan itu juga disifatkan oleh Chelsea sebagai situasi yang menguntungkan kedua-dua pihak kerana Terry juga dapat terus mengembangkan kemahiran kejurulatihannya.
Dalam pada itu, pemenang Liga Juara-Juara Eropah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
