Site icon Kool FM

Khuzaimi Piee Trauma, Rasa Tak Selamat

Khuzaimi Piee


Pemain pertahanan Selangor, Khuzaimi Piee berasa trauma dan tidak selamat selepas kejadian pecah rumah menimpa dirinya yang menyaksikan beliau kehilangan beberapa barangan berharga.

Khuzaimi menyedari kejadian tersebut ketika beliau baru pulang dari menjalani sesi latihan bersama pasukan dan beberapa barangan peribadi seperti motosikal Yamaha Y15ZR, beberapa bag tangan pelbagai jenama beserta pasport hilang dalam kejadian itu.

Baca Juga:

Bekas pemain Negeri Sembilan itu mengakui beliau trauma untuk pulang ke kediaman kerana bimbang akan keselamatan dirinya dan juga keluarga selepas apa yang berlaku.

“Saya tidak tahu sekiranya saya akan balik rumah atau tidak, saya rasa tidak selamat ketika ini. Sejujurnya, saya tidak dapat tidur dengan lena.

“Saya masih akan berlatih untuk aksi menentang Negeri Sembilan FC pada Ahad ini, tetapi penilaian akan dibuat barisan kejurulatihan dan pihak pengurusan. Saya risau kerana mereka ada maklumat keluarga saya…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version