SEBERANG PERAI – Syarikat pengeluar barangan semikonduktor terkemuka, AEM Holdings melebarkan sayap perniagaan mereka di negara ini menerusi pembukaan sebuah kilang baharu berkeluasan kira-kira 365,000 kaki persegi (33,909 meter persegi) di Taman Perindustrian Perai, di sini.
Difahamkan, kilang baharu itu telah memulakan operasinya sejak Oktober tahun lalu untuk menggantikan operasi kilang lama syarikat di Bayan Lepas.
Ketua Pegawai Eksekutif AEM, Chandran Nair berkata, pembukaan kilang baharu itu membolehkan pihaknya memenuhi permintaan yang lebih tinggi khususnya terhadap peralatan semikonduktor di negara ini.
“Kilang ini akan berfungsi sebagai tempat pemasangan, jaminan kualiti (QA), gudang, makmal (untuk penyelidikan dan pembangunan) dan sebagainya.
“Dengan kerjasama daripada ibu pejabat global AEM yang berpusat di Singapura, saya percaya AEM mampu mengukuhkan kedudukannya selaku hab untuk pengeluaran barangan semikonduktor di rantau ini,” katanya kepada pemberita di…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: