Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kilang Ini Dikecam Kerana ‘Reject’ Pemohon Yang Rendah, Mahu Pekerja Lebih 155cm

today21 May 2024

Background


Satu temuduga kerja beramai-ramai di sebuah kilang elektronik di Batam, Indonesia berdekatan Johor telah menjadi tular di media sosial baru-baru ini.

Ini disebabkan oleh proses temuduga yang agak pelik di mana semua pemohon wanita perlu melalui peringkat awal yang unik.

Video yang dikongsi oleh @itskakwil di TikTok menunjukkan proses penapisan temuduga ini telah menarik lebih 1.2 juta tontonan dan lebih 41,600 suka.

Dalam video tersebut, kelihatan kilang elektronik berkenaan memeriksa ketinggian semua pemohon wanita dengan menggunakan sebatang palang mendatar yang menyerupai permainan limbo.

Pemohon dikehendaki berbaris, menanggalkan kasut dan berjalan di bawah palang mendatar yang diletakkan pada ketinggian 155cm.

Pemohon yang boleh berjalan di bawah palang tersebut, iaitu mereka yang kurang daripada 155cm, akan ditolak serta-merta.

Dalam teks yang tertera dalam video, @itskakwil menulis, “POV: Jika anda ingin bekerja di Batam, anda perlu…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Aiman


Previous post