Site icon Kool FM

Kilang pintar, hijau Ajinomoto di Bandar Enstek Halal Hub


PETALING JAYA – Ajinomoto (M) Berhad (AMB) telah mem­buka kilang mesra alam baharunya yang seluas 18.4 hektar di Bandar Enstek Halal Hub, Negeri Sembilan sempena sambutan ­ulang tahun syarikat yang ke-60 di Malaysia.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tomoharu Abe berkata, kilang baharu yang berpindah dari Jalan Kuchai Lama ke Bandar Enstek itu me­rupakan kilang pintar dan bangunan hijau yang diperakui.

Menurutnya, teknologi canggih yang mengoptimumkan operasi melalui automasi dan pengdigitalan telah diperbadankan untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti.

“Kilang baharu itu telah direka untuk menyediakan suasana yang kondusif dan mesra kerja bagi para pekerja, dilengkapi dengan fasiliti rekreasi.

“Selain itu, kilang tersebut juga menggalakkan penglibatan pelanggan dan kelestarian alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena majlis pelancaran kilang baharu itu yang disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version