Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Calon jurulatih baharu skuad Malaysia bawah 23 tahun (B-23) terus menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat bola sepak tempatan bagi menggantikan tempat Brad Maloney yang telah ditamatkan kontrak minggu lepas.
Malah, nama Kim Dong-jin kini dikaitkan dengan jawatan tersebut apabila bekas pemain skuad kebangsaan Korea Selatan dikatakan telah bertemu ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon.
Pan-gon sebelum ini diberi mandat oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mencadangkan satu nama yang difikirkan sesuai untuk melatih skuad B-23 negara selari dengan falsafah permainannya.
Dua nama yang turut disebut-sebut sebagai pengganti Maloney ialah pembantunya sendiri dalam skuad kebangsaan iaitu Paul Marti Vicente dan E.Elavarasan.

Walaupun tiada pengesahan rasmi namun jurulatih baharu skuad B-23 negara dijangka diumumkan hari ini selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
