Bintang K-Pop terkenal, Kim Jae Joong mengumumkan bakal singgah ke Singapura bagi menjayakan siri jelajah Asia terbaharunya.
J-Party Asia Tour Fan Concert

Konsert Kim Jae Joong J-Party Asia Tour Fan Concert ‘Galaxy 1986’ dijadualkan berlangsung pada hari Sabtu, 28 Mac 2026, bertempat di Arena @ EXPO bermula jam 7.30 malam.
Lebih menarik, ini merupakan konsert solo pertamanya di Singapura sepanjang bergelar anak seni.
Memulakan langkah dalam industri pada tahun 2003, Jae Joong bukan sahaja berjaya membuktikan kehebatannya sebagai artis solo dalam genre rock dan pop, malah turut memahat nama sebagai pelakon menerusi pelbagai drama dan filem Korea popular.
Pemilihan konsep ‘Galaxy 1986’ pula bukanlah satu kebetulan, sebaliknya ia diilhamkan daripada tahun kelahiran bintang ikonik ini.
‘Galaxy 1986’ melambangkan perjalanan seninya yang kini mencecah usia 23 tahun, sekaligus menjadi simbolik kepada hubungan akrab dan utuh bersama peminat yang sentiasa menjadi tunjang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: