Kool FM

Kim Pan-gon Enggan Kongsi Butiran Mengapa Beliau Letak Jawatan


Bekas ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon enggan berkongsi butiran lanjut mengenai keputusan beliau untuk mengundurkan diri dari skuad kebangsaan.

Dalam sidang media yang dijalankan di Wisma FAM hari ini, Pan-gon menegaskan beliau sudah menceritakan semua kepada Datuk Hamidin Mohd Amin tetapi ‘amat bahaya’ untuk berkongsi butiran tersebut kepada orang ramai.

Baca Juga:

“Butiran lanjut mengenai keputusan ini tidak boleh saya kongsikan di sini. Sangat bahaya. Datuk Hamidin tahu semuanya tetapi tak perlu tanya dia lagi.

“Tak perlu tanya soalan itu di sini. Semua sudah selesai,” katanya.

Kim Pan-gon
Kim Pan-gon

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kim Pan-gon menegaskan beliau meletak jawatan kerana alasan peribadi.

“Hari ini, saya telah memutuskan untuk berundur sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan Malaysia kerana komitmen peribadi saya. Saya memohon maaf atas sebarang kekecewaan yang mungkin…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version