Ketua jurulatih pasukan negara, Kim Pan-gon mahu skuad Harimau Malaya untuk beraksi di gelanggang keramat iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada aksi kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.
Artikel Berkaitan:
Menurut Pan-gon, SNBJ merupakan rumah bagi pasukan kebangsaan dan ianya merupakan kubu kuat kerana sentiasa dibanjiri oleh peminat setiap kali perlawanan yang melibatkan pasukan kebangsaan.
Selain itu, sekiranya pasukan negara beraksi di Bukit Jalil, maka ianya akan memudahkan pergerakan penyokong dan juga pemain yang tidak perlu menempuh perjalanan jauh sekiranya beraksi di luar Lembah Klang.
“Berdasarkan tinjauan terkini bersama pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) semalam, kami mendapati bahawa keadaan padang adalah bertambah baik berbanding ketika Pestabola Merdeka, bulan lepas.
“Dari segi teknikal, keadaan padang di Stadium Nasional pasti akan lebih baik menjelang tempoh dua minggu yang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: