Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon akui kagum dengan prestasi Arif Aiman yang telah menjaringkan tiga gol dalam saingan AFC Champions League Elite (ACLE) musim ini.
Pan Gon kali ini kembali ke Malaysia sebagai pengendali Ulsan HD apabila pasukannya dijadualkan bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim malam esok.
Baca Juga:
Arif Aiman dijangka jadi taruhan JDT di bahagian serangan bagi merobek gawang Ulsan HD.
“Saya bangga melihat prestasi Arif Aiman dalam dua perlawanan lalu. Cara beliau menjaringkan gol cukup menarik. Saya rasa beliau telah menunjukkan kualiti sebenar di pentas Asia.
“Ya, beliau sudah banyak meningkat dan menjadi lebih kuat daripada sebelum ini. Ketika ini, beliau dilihat lebih matang dan saya rasa beliau akan jadi antara pemain terbaik di Asia.
“Arif memerlukan sokongan semua orang untuk jadi pemain terbaik,” jelas Kim Pan Gon ketika ditanya dalam sidang media rasmi hari ini.
“Proud…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
