Kool FM

Kim Pan Gon ‘Sekolahkan’ Media Taiwan


Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon tidak berpuas hati dengan dakwaan beberapa media Taiwan yang mengatakan Malaysia menang kerana dibarisi ramai pemain naturalisasi.

Bercakap dalam sidang media selepas tamat perlawanan yang menyaksikan Harimau Malaya menumbangkan Taiwan 1-0, Kim Pan Gon menegaskan pemain warisan dalam skuad itu layak mewakili negara kerana mempunyai darah Malaysia.

Artikel Berkaitan:

“Kami mempunyai ramai pemain warisan. Pemain warisan ini bukan pemain luar negara, mereka adalah warganegara Malaysia.

“Kami juga mempunyai beberapa pemain naturalisasi dan ia bukan keputusan yang mudah untuk mereka menukarkan kepada pasport Malaysia.

“Mereka telah membuktikan prestasi dalam liga dan komitmen untuk berjuang demi negara. Mereka dipanggil mewakili negara mengikut peraturan yang ditetapkan,” jelas Kim Pan Gon.

FOTO: FAM

Dalam perlawanan itu, hanya dua pemain naturalisasi kelahiran Brazil yang beraksi iaitu Endrick Dos Santos dan Paulo Josue manakala…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version