Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kim Pan-gon Tersenarai Bagi Anugerah Jurulatih Terbaik K-League

today20 November 2024

Background
Kim Pan-gon


Musim 2024 menjadi musim terbaik bagi bekas pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon dimana beliau tersenarai bagi anugerah berprestij dalam saingan Liga Korea.

Pan-gon membantu Ulsan memenangi saingan Liga Korea musim ini yang mana kelab itu muncul sebagai pemenang dalam tiga musim kebelakangan ini.

Baca Juga:

Pencapaian ini membolehkan Pan-gon tersenarai bersama dua jurulatih lain iaitu dari Gangwon FC, Yoon Jung-hwan dan pengendali Gimcheon Sangmu, Chung Jung-yong.

Ulsan akan berentap dalam perlawanan akhir Piala FA Korea menentang Pohang Steelers pada 30 November ini dan sekiranya muncul sebagai pemenang, maka peluang Pan-gon untuk menjadi jurulatih terbaik musim ini semakin cerah.

Di bawah bimbingan Kim Pan-gon, Ulsan hanya tewas dalam tiga perlawanan sepanjang musim sekaligus membolehkan mereka muncul sebagai juara untuk tiga musim berturut-turut.

Sebelum ini, Pan-gon pernah meraih Jurulatih Terbaik Persatuan Bola Sepak Hong Kong (HKFA)…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dito


Previous post