Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Kim Pan Gon Tidak Puas Hati Dengan Keadaan Terkini Padang SNBJ

today9 March 2024

Background
Stadium Nasional Bukit Jalil


Ketua jurulatih Harimau Malay, Kim Pan Gon mengakui tidak berpuas hati dengan keadaan terkini padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) selepas melawat venue itu kelmarin.

Bagaimanapun, pihak konsultan SNBJ memberi jaminan padang berkenaan akan berada pada tahap terbaik ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Oman, 26 Mac ini.

Baca Juga:

“Semalam kualiti padang tidak bagus tetapi mereka yakin dapat menyediakan keadaan padang yang baik sebelum hari perlawanan.

“Jadi saya percaya apa yang mereka katakan. Saya kata sangat mengecewakan, tetapi mereka kata anda bukan bermain bola esok, dia sangat yakin selepas dua minggu, padang akan berada dalam keadaan terbaik,” kata Kim Pan Gon kepada pihak media.

Sebelum ini, peminat meluahkan kebimbangan terhadap keadaan padang di SNBJ selepas venue itu digunakan untuk konsert artis ternama iaitu Ed Sheeran yang berlangsung pada 24 Februari lepas.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Sulaiman


Previous post

Luar Negara

Meninggal dalam sujud

Jakarta: Pengakhiran hayat seorang warga emas wanita di Indonesia menjadi bualan ramai apabila dia meninggal dunia ketika sedang solat dan dalam keadaan sujud pada Jumaat, penghulu segala hari. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today9 March 2024