Bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon menyatakan beliau tidak merasa risau mengenai masa depan bola sepak Malaysia selepas beliau mengundurkan diri sebagai pengendali pasukan.
Jurulatih kelahiran Korea itu percaya beliau sudah membina asas yang kukuh selain membuat satu sistem yang mampu untuk meningkatkan kualiti pasukan negara.
Baca Juga:
“Saya sudah membina sistem yang mana pasukan ini tidak akan terjejas. Kita sudah mempunyai filosofi permainan. Saya sudah membina karakter pemain Malaysia yang positif, agresif dan tidak mudah tunduk kepada pasukan lawan.
“Sebelum ini kita pernah dibolosi awal dalam permainan. Tetapi kita sentiasa bangkit. Seperti contoh ketika menentang Korea. Kita ketinggalan dan kemudiannya berjaya meraih keputusan seri,” katanya.

Dalam masa yang sama, Pan-gon menganggap negara ini mempunyai ramai pemain berbakat di peringkat akar umbi yang mampu untuk meningkatkan kualiti pasukan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: