Menerusi kenyataan di Instagram, Kim Seri, 39, atau nama sebenarnya Seri Azlina memberi jaminan akan menyelesaikan tunggakan wang kepada pelanggan yang terlibat sebelum atau pada 1 Februari 2025.
Menurutnya, dokumen akan diberikan kepada semua pelanggan yang telah membuat tempahan sebelum ini.
“Pertama sekali saya ingin meminta maaf dengan setulus hati atas segala kebimbangan dan kesulitan yang telah saya timbulkan.
“Saya memohon agar anda dapat memahami bahawa pada masa ini, saya tidak dapat untuk melunaskan jumlah pemulangan secara sekaligus.
“Namun begitu, saya ingin memberi jaminan bahawa saya akan menyelesaikan masalah ini melalui pelan pembayaran seperti berikut iaitu semua jumlah tertunggak akan dibayar sebelum atau pada 1 Februari 2025,” katanya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: