Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

King Kazu Masih Belum Puas, Buat Penampilan 40 Musim Berturut-Turut Dalam Bola Sepak Profesional

today12 July 2025

Background


Legenda bola sepak Jepun, Kazuyoshi Miura atau lebih dikenali dengan panggilan ‘King Kazu’ jelas masih mahu menikmati karier hebatnya dalam bola sepak dan tidak langsung memikirkan tentang persaraan.

Pada usia 58 tahun, beliau masih mengimpikan untuk terus diberikan peluang beraksi dalam usaha menampilkan sumbangan berkesan buat pasukannya, Atletico Suzuka.

Atletico Suzuka pada ketika ini beraksi dalam Japan Football League (JFL) yang merupakan saingan liga divisyen keempat sistem liga bola sepak Jepun.

Dipinjamkan dari Yokohama FC, penyerang berpengalaman ini terlepas sembilan aksi awal ekoran kecederaan dialaminya dan mula diletakkan di bangku simpanan pada 1 Jun lalu (aksi menentang Maru. Okazaki).

King Kazu
Kredit Foto: Fuminori Ogane / The Yomiuri Shimbun via AFP

Beliau dimasukkan ketika aksi hanya berbaki lapan minit untuk ditamatkan pada pertemuan ke-12 liga bertemu Yokohama SCC dimana ia merupakan musim ke-40 berturut-turut Miura beraksi dalam…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Meor Abdullah


Previous post