
Legenda bola sepak Jepun, Kazuyoshi Miura atau lebih dikenali dengan panggilan ‘King Kazu’ tidak melihat usianya menjadi masalah untuk terus beraksi di pentas kompetitif.
Hal ini kerana penyerang yang bakal menjengah usia 59 tahun pada Februari depan baharu sahaja memeterai kontrak selama enam bulan sebagai pemain pinjaman kelab J.League 3, Fukushima United.
Baca Juga:
Beliau sebelum ini beraksi bersama Atletico Suzuka yang bersaing dalam saingan divisyen empat, Japan Football League. Namun kelab itu terjerumus ke Tokai Soccer League.
Sehubungan dengan itu, King Kazu masih dahagakan aksi kompetitif walaupun usianya sudah semakin membatasi kudratnya ketika beraksi.
Ia bakal menjadi musim ke-41 berturut-turut Kazuyoshi Miura beraksi dalam kancah bola sepak profesional.

“Saya dengan sukacita ingin mengumumkan perpindahan saya ke Fukushima United FC, memulakan cabaran baharu,” ujar…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: